Thursday, February 25, 2010

Welcome to my Edibleshop


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selepas begitu lama saya mendapatkan edible image dari supplier diluar sana, akhirnya dengan bangganya saya telah mengeluarkan sendiri edible image untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan baker lain.Banyak perkara yang saya pertimbangkan semula memulakan bisness ini. Antaranya kesibukan untuk menguruskan  perniagaan kek, PA System dan Edible Image sekali gus.Tetapi selepas saya mencongak, mengira secara hisabnya belanja yang saya telah keluarkan hanya untuk membeli edible diluar, maka saya rasa jalan terbaik adalah dengan memiliki printer edible sendiri. Bukan sahaja mengenangkan beratus-ratus ringgit dihabiskan saban bulan untuk membeli edible image sahaja, tetapi juga berapa banyak masa saya terbuang untuk collect edible ini....
Hampir 8 tahun dalam bidang kek ini , alhamdulillah saya mempunyai ramai customer yang sentiasa menempah dari saya. Ini menyebabkan saya tak mampu menolak tempahan walaupun hanya dibuat sehari sebelum. Just imagine jika tempahannya adalah edible cake.....terkejar2 saya untuk collect edible dari supplier lain

Blog ini masih banyak yang belum diisi. Insyaallah saya akan update secepat mungkin. Walaubagaimanapun tempahan edible dibuka. Kepada yang berminat boleh la email saya di edibleshop@yahoo.com

No comments:

Post a Comment